Ads by Nuffnang

Tuesday, January 28, 2014

Permata Hatiku ~ Bayi Klef ( sumbing )

Muhammad Adam Bin Muhd Fieqrei...

Dialah permata hatiku.. dialah cahaya hidupku..

Adam dijangka lahir pada 28 Julai 2013. Tunggu punya tunggu punya tunggu xde jugak tanda2 nak bersalin. hai anak ibu, syok sgt eh dalam perut tu sampai x nak kuar? heheee... Last checkp up dekat hospital Az-zahra Bangi, Dr Noraini pesan kalau xde tanda2 nak bersalin kena induce 01 Aug 2013. 2 hari je dia bg mase?? Bukan slalunye boleh tunggu sampai seminggu 2 ke? x kisah la.. asalkan boleh lahirkan adam dengan selamat dan dipermudahkan semuanya.. Dr Noraini kate kalau tunggu seminggu dah nak raye, takut nnt Dr x available. Bukan ape, mase buat detail scan 7 bulan dapat detect adam ni klef.. Yg nampak cuma klef bibir je, klef lelangit tak dapat dipastikan. Klef? Apakah? Sumbing pernah dengar x? haaa  itulah nye.. Cleft dimelayukan jadi klef hehee.. Ok sambung cerita. So x pasti adam ni mase lahir nnt ada klef lelangit ke x? Kalau ada, kena refer ngan pakar kanak2 pulak sbb bayi klef x boleh menyusu secara normal. Pengalaman bersalin? Nnt lah cerita dalam entri lain. hee :)

Detail scan 7 bulan

Maka pada 01 Aug 2013 lahir lah Muhammad Adam Bin Muhd Fieqrei secara normal pada jam 2.00 ptg. Alhamdulillah semuanya selamat. Dan seperti yang dijangka, Adam lahir dengan klef bibir. Alhamdulillah lelangit dia xde masalah. Sumbing dia kat bibir je. So, dia
 boleh menyusu seperti biasa. Kesian Adam, lahir2 je terus minum susu formula dalam botol. Ibu mintak maaf ye sayang, ibu lom pandai lagi masa tu huhu.. 3 hari pertama adam minum susu formula, Friso gold. Hospital Azzahrah bagi percuma setin. Harus lah ada, dah bayar mahal2 kan hehe.. Hari ke 3 tu masih x reti menyusukan Adam, tapi Alhamdulillah susu badan dah semakin banyak, Adam minum dalam botol je susu perahan tu. Seminggu jugak la Adam minum susu perahan dalam botol, pastu baru slow2 bagi direct. Tu pun kekok2 lagi nak pegang.



Sebelum kuar wad, dr Nik, pakar kanak2 di Azzahrah check adam dulu untuk pastikan keadaan adam. Sekarang dah senang, bayi yang lahir klef boleh buat plastik surgery sebelum 1 tahun. So, Dr Nik buat surat refer untuk buat appointment adam kat hospital lain. Kat Malaysia ni Dr yang boleh buat plastik surgery x ramai, dan x semua hospital ada kepakaran. Yang tahu ada pakar dekat HKL, HUKM, Tawakal dan Pusrawi. So kitorang decide nak buat kat HUKM (yang terdekat). Dah jumpa pakar plastik surgery bulan Sept 2013 aritu kat HUKM dan appointment operation Adam pada 26 Feb 2014. Nak book awal2 takut ayah adam lom balik. Tunggu la dia balik dari laut heee. Dr yg rawat adam kat HUKM ni sebenarnya adalah Dr pakar dari HKL, part time kat HUKM. Boleh pulak cenggitu kan? Mase appointment adam tu, dia cerita la yg dia baru abis shif kat HKL kul 5 pagi. Then terus sambung kat HUKM pulak. Perghh giler kental Dr ni. Mungkin dia lebih pentingkan tanggungjawab sosial kot. Katenye, Dr pakar plastik surgery dekat hospital2 kat Malaysia ni tak ramai.

Skarang, Adam dah nak masuk 6 bulan. Tunggu masa je nak buat operation dia ni. Harap2 semua berjalan lancar. Harap2 adam kuat untuk menempuh saat2genting nnt. Harap2 ibu adam ni mampu menjaga dan mnguruskan adam dengan baik mase kat hospital nnt. Huuu~