Ads by Nuffnang

Friday, July 04, 2014

Jejari Roti & Kuih Bingka Roti

Assalamualaikum semua..

Apa khabar kawan2 dan pembaca sekalian..

Entri kali ni nak cerita kisah pada suatu pagi. Harap anda sudi membacanya.. hehe :D

Sedang aku bersiap2 nak g kerja, Adam masih lagi tidur. Mase tu jam menunjukkan




Aku teringat ade roti gardenia yang masih banyak bakinya. Hmm, ni kalau dibiar x buat ape2 sampai expired la roti x dimakan. So datang la idea nak buat sesuatu. Hello??!! tengok balik betul2 jam tu pukul berapa ok!! Ko nak g keje kot, bknnye suri rumah boleh dok umah je. Takpe2, kita buat je dulu. Tengok sempat ke x sempat. heee :p

So, aku pun mula potong roti itu. nak bakar buat biskut jejari untuk adam yang suka gigit sumer benda tuh. Amik bahagian yang putih je, yang tepi simpan dulu. Potong panjang2 kurus2 gitu. Then susun atas tutup periuk (mana la loyang pergi time ni, bila nak pakai je dia nyorok.. huh) seperti di bawah.


 Lepas tu bakar selama beberapa minit. Aku pun tak pasti berapa lama, agak2 da keras roti tu jadi biskut heee. Tu diaaaa biskut jejari roti in da ovennn~

 Lepas da jadi biskut sejukkan dan masuk dalam bekas kedap udara supaya x masuk angin ye.

Next part, bekal untuk sarapan aku pulak. Aku buat kuih bingka roti. Pukul telur 2 biji, campurkan susu pekat manis sebanyak mana yang dikehendaki (pleasee.. pleasee.. pleasee jangan boh banyak2, nnt kena kencing manis baru tau!) pastu koyak2kan kulit roti tadi dan gaul sampai lunyai roti tu.. Haha jangan la sampai lunyai, nanti x cantik lak kuihnye. Untuk menyedapkan dan memeriahkan lagi suasana kuih aku ni, aku tabur kan kismis dan gaul lagi.


Disebabkan masalah loyang yang selalu menghilang, aku tak dapat bakar kuih ni dalam oven biase. So aku masuk dalam pinggan kaca yang boleh masuk dalam microwave oven dan bakar selama 2 minit. 2 minit je???!!! Ye lah 2 minit je, nama pun microwave oven kan.


Bingka roti dalam oven yang menyala2 lampunya.. Heee


Ok, da siap untuk ke opis..

Err lupe nak snap gmba jam lepas siap semuanya ni. Hehe.. takpelah yang penting sedap dan aku masuk opis macam biase :p


Wednesday, April 23, 2014

~BENGKUNG MODEN 4 ZIP~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hai kawan2 dan pembaca2 sekalian..

Kali ni nak cerita pasal bengkung moden 4 zip pulak. Haa dah melambak2 orang jual kat luar sana tuh. Ade yang murah ade yang mahal kan. Tak kisah lah. Yang pentingnye nak cerita pasal bengkung ni. Aku pakai masa pantang tahun lepas. Asalnya kakak aku beli untuk dia kuruskan perut dia yang x besar mana pun tu. Lepas bersalin aku pinjam ler buat rete (harta) sendiri hehehee..

Yang bestnye, aku rasa bengkung ni memang sangat berkesan. Ini lah yang dikatakan alah membeli menang memakai (eh xdelah mahal sangat pn, lagi murah dari bengkung traditional kot). Mase awal2 tu pakai bengkung traditional dulu. Macam ni haa..

Sumber : Google


Lepas 2-3 minggu baru start pakai yg moden ni. Pergh nikmatnye x yah nak melilit lagi!! Leceh kot nak melilit mengikat bagai. Tu belum nak g buang air lg, nak jalan pn kena sopan santun je hihii. Mula2 memang saiz perut ikut zip yang terakhir. Besarnye perut aku masa tu. Hello.. baru beranak kot, memang la :p Aku pakai tiap2 hari dan setiap masa (tipu sangat, selalu skip2) Bila nak pakai tu, aku sapu krim barut NR, since aku memang beli set berpantang NR so pakai la krim tu kan. Dalam sebulan, memang nampak perubahannya. Perut makin mengecil dan aku boleh pakai zip yang paling kecik. Yeay!! Heppi!! Maka terbukti, bengkung dan herba barut NR ini berjaya mengempiskan perut ku. Muahahah :p
Sumber : Google




Kalau berminat dengan bengkung moden ni boleh PM / SMS / Whatsapp saya 011-32551664 :)

Salam ikhlas
-Mommy Adam

~KUCING KAMI SI GEDET~

Assalamualaikum semua..

Harini nak cerita kat kawan2 semua pasal kucing peliharaan kami, si gedet.. Nape namanye gedet?? Mase kucing ni kecik dia jalan terkedek2. Geram lak nengoknye. So terpanggil lah dia dengan nama gedet. Hahahaa~

Kami sekeluarga sememangnya pencinta kucing. Memang sayang sangat2 kat binatang kegemaran Nabi Muhammad S.A.W ni lebih2 lagi kalau yang comel, gebus dan menggeramkan. errr~


Alkisahye kucing ni kucing jiran sebenarnye. Kucing biasa tapi bulu panjang. Masa kucing ni kecik2, mak dia datang umah kitorang n bawak anak2 dia skali, ada 4 ekor. Agaknye bila tuan dia xde kot baru dia dtg, ada la beberapa kali dorg dtg satu family. Yg klaka nye, anak2 kucing ni 3 ekor macam maknye bulu panjang n lebat. tetiba sekor ni bulu biasa je, baka bapak kucing kot hehe.. Kebetulan kitorang mase tu xde bela kucing, yg bela 2 ekor sebelum tu dah mati. Bila ada kucing2 datang dengan bulu panjang lak tu, sumer sibuk melayan. Ibu kucing ni manje, yg si gedet masa tu paling berani antara keempat4 ekor anak kucing tu. Berani main2 ngan kitorang yg baru dikenali ni ha. Kitorang pun mmg suke main2 dgn anak kucing, melayan la si gedet ni yg dtg nak main, anak kucing baru nak membesar memang tengah sedap main. Si gedet ni memang sukekan perhatian. Esok2 dia dtg lagi, lepas2 tu pun dia dtg lagi. Dia sekor2 je dtg. Family dia yg lain datng kalau lapa je. Tuan dia ada kat umah pun dia dtg lg umah kitorang. Lama2 dah jadi rumah no 2 dia. Lama2 lagi dah jadi umah no 1 pulak, kadang2 je dia balik umah tuan dia. Hah ko, dah terbalik pulak kan.

si gedet yang manje tapi garang :)

Tuan dia ni, kadang2 balik kg wife dia kat Sabah. So dia akan hantar kucing2 dia kat umah mak nye kat kajang. Dah satu hal, tuan dia datang umah kitorang tanye ada x si gedet ni dalam umah, dia nak bawak balik umah mak dia. Haha dah macam kitoarg culik kucing dia pulak kan. Bukan kitorang culik, dia yg dtg umah kitorang, pastu x nak blk umah tuan dia. Kdg2 nak kuarkan dia bila nk g kje ke bila nk blk kg ke, dia lari nek atas almari la, dok blkg sofa la. Camne nak amik dia?? Last2 biar je dia dlm umah, pandai2 ko lah gedet. Lapa sndr tanggung ye. Tp kitorang letak la mknn dlm umah, kang mengamuk lak dia dlm umah tu kan..


Lama2 si gedet jadi hak milik kitorang hehe. Tuan dia pn dah x dtg cari dia (rase cam dah curik kucing org lak :p) Si gedet ni kucing jantan tp da kena sunat ngan tuan dia. Kesian gedet, hilang kejantanan dia huhu. Abah masa mula2 x suke kitorang bela kucing, abah bising, nnt berak dia bersepah la, busuk la. Sekarang ni abah yg tidur ngan si gedet, pegi pasar beli ikan untuk gedet. Mlm2 org da tido, dia dtg la join skali. Dok menempek kat ketiak orang haha.

Gamba dia ade banyak sebenarnye tapi mane2 entah.. Nanti kalau jumpa I upload lg yek..

Sekian..





Wednesday, February 12, 2014

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU - Tragedi Di Lebuh Raya Pantai Timur

AmRF.Blogger - Sharing Is Caring...: Kisah Sedih 6 Mei 2012…Tragedi Di Lebuh Raya Pantai Timur

Minggu lepas aku dok godek2 google n blogger, cari mende ntah. Skali terbukak la blog ni. Abg blogger ni cerita pasal eksiden yang terjadi depan mata dia sendiri. Lancer crashed pada kelajuan 200km/j. Perghh!! Pemandu dan penumpangnya, suami isteri kot, mati serta merta di tempat kejadian. Yang sedihnya ada baby yg baru beberapa bulan dalam keta tu, mase eksiden baby tu tercampak keluar dan jatuh atas jalan raye. Kesian bayi tu, baru nak kenal dunia, dah jadi yatim piatu.

Walaupun aku baca kisah ni minggu lepas, tapi sampai ke hari ni aku masih lom tutup mozilla tab yang ada kisah ni. Nape ntah, aku rase kisah ni sangat memberi pengajaran pada diri aku, dan mungkin jugak orang2 lain yang membaca. Bukan nak mengata arwah pemandu tu, tapi sebagai pengajaran untuk yang masih hidup ni, berhati2 lah semasa memandu. Jangan pentingkan ego sendiri, pikir lah demi keluarga, pikir lah isteri dan anak anda. Kenapa saya bangkitkan isu ego? Baca kisah tersebut, anda boleh faham ape maksud saya nanti. Kalau dia tak ego, tak layan orang yang cucuk kereta dia, mungkin kejadian ini xkan terjadi. Tapi ini semua ketentuan Allah, memang dah ajal dia pada masa dan cara begitu. Kita yang masih hidup ni jadikan sebagai pengajaran.

Sejak ada adam skarang ni, bawak 100km/j pun aku da rase laju hehee. Kalau dulu pernah gak bawak kat hiway sampai 140km/j. Sesetengah orang mungkin rase tak laju mana, tapi bagi aku masa tu da laju sangat tu :p

Itu dulu la, sebelum kawin sebelum ada anak. Jiwa remaja la katakan haha. Sekarang bawak x laju mana pun tapi da risau tengok car seat adam bergerak2. Memang ler bergerak2 kan, dah kereta tengah bergerak. Kihkihkih~

Buat semua pengguna jalan raya di luar sana, pejalan kaki ke, penunggang ke pemandu ke x kisahla, sentiasa berhati2.

Sekian.

Tuesday, January 28, 2014

Permata Hatiku ~ Bayi Klef ( sumbing )

Muhammad Adam Bin Muhd Fieqrei...

Dialah permata hatiku.. dialah cahaya hidupku..

Adam dijangka lahir pada 28 Julai 2013. Tunggu punya tunggu punya tunggu xde jugak tanda2 nak bersalin. hai anak ibu, syok sgt eh dalam perut tu sampai x nak kuar? heheee... Last checkp up dekat hospital Az-zahra Bangi, Dr Noraini pesan kalau xde tanda2 nak bersalin kena induce 01 Aug 2013. 2 hari je dia bg mase?? Bukan slalunye boleh tunggu sampai seminggu 2 ke? x kisah la.. asalkan boleh lahirkan adam dengan selamat dan dipermudahkan semuanya.. Dr Noraini kate kalau tunggu seminggu dah nak raye, takut nnt Dr x available. Bukan ape, mase buat detail scan 7 bulan dapat detect adam ni klef.. Yg nampak cuma klef bibir je, klef lelangit tak dapat dipastikan. Klef? Apakah? Sumbing pernah dengar x? haaa  itulah nye.. Cleft dimelayukan jadi klef hehee.. Ok sambung cerita. So x pasti adam ni mase lahir nnt ada klef lelangit ke x? Kalau ada, kena refer ngan pakar kanak2 pulak sbb bayi klef x boleh menyusu secara normal. Pengalaman bersalin? Nnt lah cerita dalam entri lain. hee :)

Detail scan 7 bulan

Maka pada 01 Aug 2013 lahir lah Muhammad Adam Bin Muhd Fieqrei secara normal pada jam 2.00 ptg. Alhamdulillah semuanya selamat. Dan seperti yang dijangka, Adam lahir dengan klef bibir. Alhamdulillah lelangit dia xde masalah. Sumbing dia kat bibir je. So, dia
 boleh menyusu seperti biasa. Kesian Adam, lahir2 je terus minum susu formula dalam botol. Ibu mintak maaf ye sayang, ibu lom pandai lagi masa tu huhu.. 3 hari pertama adam minum susu formula, Friso gold. Hospital Azzahrah bagi percuma setin. Harus lah ada, dah bayar mahal2 kan hehe.. Hari ke 3 tu masih x reti menyusukan Adam, tapi Alhamdulillah susu badan dah semakin banyak, Adam minum dalam botol je susu perahan tu. Seminggu jugak la Adam minum susu perahan dalam botol, pastu baru slow2 bagi direct. Tu pun kekok2 lagi nak pegang.



Sebelum kuar wad, dr Nik, pakar kanak2 di Azzahrah check adam dulu untuk pastikan keadaan adam. Sekarang dah senang, bayi yang lahir klef boleh buat plastik surgery sebelum 1 tahun. So, Dr Nik buat surat refer untuk buat appointment adam kat hospital lain. Kat Malaysia ni Dr yang boleh buat plastik surgery x ramai, dan x semua hospital ada kepakaran. Yang tahu ada pakar dekat HKL, HUKM, Tawakal dan Pusrawi. So kitorang decide nak buat kat HUKM (yang terdekat). Dah jumpa pakar plastik surgery bulan Sept 2013 aritu kat HUKM dan appointment operation Adam pada 26 Feb 2014. Nak book awal2 takut ayah adam lom balik. Tunggu la dia balik dari laut heee. Dr yg rawat adam kat HUKM ni sebenarnya adalah Dr pakar dari HKL, part time kat HUKM. Boleh pulak cenggitu kan? Mase appointment adam tu, dia cerita la yg dia baru abis shif kat HKL kul 5 pagi. Then terus sambung kat HUKM pulak. Perghh giler kental Dr ni. Mungkin dia lebih pentingkan tanggungjawab sosial kot. Katenye, Dr pakar plastik surgery dekat hospital2 kat Malaysia ni tak ramai.

Skarang, Adam dah nak masuk 6 bulan. Tunggu masa je nak buat operation dia ni. Harap2 semua berjalan lancar. Harap2 adam kuat untuk menempuh saat2genting nnt. Harap2 ibu adam ni mampu menjaga dan mnguruskan adam dengan baik mase kat hospital nnt. Huuu~