Assalamualaikum semua :)

Lately saya suke sangat bereksperimen dengan resipi berasaskan cheese. Tak tau la nape. Eh mahal tau cheese ni. Tapi da sedap nak buat camne kan. Hihi :p

Biskut cream cheese cracker ni @ biskut lapis krim cheese ni memang senaaaaang sangat dan sedaaaaaap sangat hehehe :p

Dah beberapa kali buat. Ni resepi yang diambil dari google. Tak ingat dari website mane.

BAHAN-BAHAN:
  • 250gm krim keju
  • 400gm biskut keju / biskut lemak 
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 300gm nestum / sepeket oreo
  • 500ml susu segar

CARA MEMASAK:
1. Pukul krim keju hingga kembang.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis dan dua sudu besar susu segar, pukul lagi hingga sebati.
3. Tuangkan satu senduk adunan ke dalam loyang, kemudian taburkan nestum di atasnya. Nestum boleh diganti dengan serbuk oreo.
4. Celupkan biskut di dalam susu cair dan susun rapat-rapat di atas nestum tadi.
5. Ulang proses ini, lapisan demi lapisan hingga adunan habis.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 6 jam.
7. Sedia dinikmati.

Krim keju tu biasenya saya pakai Tartura Cream Cheese sbb murah sikit :p
Kalau nak pakai brand lain pun ok je. Rupanya seperti di bawah. Dipetik dari En Google.


## Tapi saya selalunya tak ikut sangat pun resepi ni. biskut tu boleh tukar2, kadang-kadang pakai hup seng deluxe cracker (yg kaler biru tu tau). Sedap sikit, mcm rase lemak2 manis. Tapi biskut nye kecik-kecik, so banyak kali la nak celup dalam susu cair. Semalam baru try guna Julie's Golden cracker. Lom rase lagi hasilnya camne hehe.
## Nak dapatkan serbuk oreo tu, asingkan biskut oreo dengan krimnya lepas tu kisar dengan pengisar kering.
## Susu cair tu saya pakai Dutch Lady Full cream (lemak dan berkerim.. disukai ramai..)


Sila lah cuba. Kalau sedap boleh dijadikan buah tangan bila ziarah kawan atau sedara mara kan. Kelasss gitteww~

oreo n nestum cheesekut. sila abaikan keserabutan atas meja tu!!