Ads by Nuffnang

Tuesday, December 22, 2009

Tuhan Menciptakan Wanita..


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
Fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!!!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
Di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah.

Monday, December 07, 2009

Wednesday, December 02, 2009

Tuala Wanita Diperbuat Daripada Kertas Buangan?











Bahan mentah bagi membuat kebanyakan tuala wanita yang ada di pasaran adalah kertas buangan dan pulpa kayu. Bahan-bahan ini kemudian melalui proses pelunturan menggunakan agen pelunturan berkasinogen dan agen fluoresen. Kertas buangan termasuklah kertas kitar semula, kotak dan pulpa kayu yang mungkin mengandungi pelbagai jenis bakteria dan kuman berbahaya. Bahan-bahan ini akan dilembutkan sebelum melalui proses pelunturan berklorin. dalam proses pelunturan ini, sejenis toksin yang dinamakan DIOKSIN terhasil.


Kesan ketoksidan dioksin sangat kuat. Ia dikatakan 130 kali lebih toksik berbanding Cyanide dan 900 kali lebih toksik daripada Arsenic. Ia dikategorikan sebagai penyebab kanser kelas pertama. Kajian membuktikan, walaupun Dioksin pada tahap rendah, ia mampu menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser usus, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

Disini saya ingin berkongsi satu produk tuala wanita yang berkualiti. FC Bio Sanitary Pad. Mungkin ada dikalangan anda yang pernah dengar tentang produk ini atau pernah menggunakan produk ni. Maklumlah, produk ni sebenarnye dah lama berada di pasaran, sejak awal 2000-an lagi.


FC Bio Sanitary Pad diperkenalkan oleh AVAIL BEAUTY SDN.BHD (M). Ianya mengandungi pelbagai ramuan herba semulajadi dan permukaannya diperbuat daripada 100% kapas. Dengan penggunaan pad herba ini, ia membantu mengurangkan masalah-masalah yang biasa dihadapai wanita ketika datang haid.
  • Senggugut dan sakit-sakit badan
  • Masalah bau yang kurang menyenangkan
  • Kegatalan dan jangkitan faraj
  • Keputihan
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Ruam dan masalah-masalah puan yang lain

H:Pantyliner RM 10 (20kpg)
B:Day Use pad RM 11 (10kpg)
M:Night Use pad RM 12 (10 kpg)

Produk ini boleh didapati di mana-mana farmasi atau kedai barangan herba. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini atau ingin menempah, sila email saya di anessa87@hotmail.com

TAHUKAH ANDA??

  • Kanser payudara merupakan pembunuh wanita no.1 di dunia
  • Di Malaysia:
1/14 orang bangsa Cina berisiko menghidap Kanser Payudara
1/16 orang bangsa India berisiko menghidap Kanser Payudara
1/24 orang bangsa Melayu berisiko menghidap Kanser Payudara

  • Kanser payudara tidak semestinya diakibatkan keturunan. 85% penghidap kanser payudara tidak mempunyai rekod penyakit tersebut di kalangan ahli keluarganya.
  • Lebih kurang 70-80% kes dikesan hanya pada peringkat ke-3 atau ke-4 (peringkat terakhir)!
  • Kanser serviks pula dikenalpasti sebagai pembunuh wanita yang ke-2
  • Kanser serviks pada peringkat awal tidak memberi sebarang tanda atau kesakitan
  • Kanser payudara dan kanser serviks biasanya menyerang wanita yang berumur 40-50 tahun
SUDAHKAH ANDA MENJALANI PEMERIKSAAN PUAN??

Petua Awet Muda

Setiap wanita tentunya ingin kelihatan cantik dan muda terutama apabila umur semakin meningkat. Pastinya kita tidak ingin muka kita kelihatan lebih tua dari umur sebenarnya bukan? Apatah lagi jika ada teman-teman atau kawan-kawan yang sememang nya memiliki kulit cantik dan kelihatan muda. Ada beberapa cara dan amalan yang boleh dilakukan. Berikut adalah antara amalan dan petua untuk awet muda yang saya kumpulkan dari beberapa sumber. Tetapi perlu diingat, ini hanyalah usaha kita. Yang penting kita perlu bertawakal kepada ALLAH dan lakukan dengan niat yang betul, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Menjaga pemakanan seperti memakan ulam-ulaman atau minum jus tomato, bersenam secara teratur dan sentiasa memelihara air sembahyang.
  • Setiap kali selepas solat Subuh, anda bacalah Surah Yusuff. Sejurus selesai membacanya, anda minum air suam sebanyak 3 teguk.
  • Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Kemudian, letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan air suam ini perlu diminum sebelum mengambil apa-apa sarapan.
  • Atau, anda boleh mengamalkan ketiga-tiga cara di bawah:
  1. Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
  2. Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
  3. Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.