Ads by Nuffnang

Wednesday, December 02, 2009

Petua Awet Muda

Setiap wanita tentunya ingin kelihatan cantik dan muda terutama apabila umur semakin meningkat. Pastinya kita tidak ingin muka kita kelihatan lebih tua dari umur sebenarnya bukan? Apatah lagi jika ada teman-teman atau kawan-kawan yang sememang nya memiliki kulit cantik dan kelihatan muda. Ada beberapa cara dan amalan yang boleh dilakukan. Berikut adalah antara amalan dan petua untuk awet muda yang saya kumpulkan dari beberapa sumber. Tetapi perlu diingat, ini hanyalah usaha kita. Yang penting kita perlu bertawakal kepada ALLAH dan lakukan dengan niat yang betul, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Menjaga pemakanan seperti memakan ulam-ulaman atau minum jus tomato, bersenam secara teratur dan sentiasa memelihara air sembahyang.
  • Setiap kali selepas solat Subuh, anda bacalah Surah Yusuff. Sejurus selesai membacanya, anda minum air suam sebanyak 3 teguk.
  • Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Kemudian, letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan air suam ini perlu diminum sebelum mengambil apa-apa sarapan.
  • Atau, anda boleh mengamalkan ketiga-tiga cara di bawah:
  1. Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
  2. Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
  3. Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

No comments:

Post a Comment