Ads by Nuffnang

Wednesday, February 12, 2014

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU - Tragedi Di Lebuh Raya Pantai Timur

AmRF.Blogger - Sharing Is Caring...: Kisah Sedih 6 Mei 2012…Tragedi Di Lebuh Raya Pantai Timur

Minggu lepas aku dok godek2 google n blogger, cari mende ntah. Skali terbukak la blog ni. Abg blogger ni cerita pasal eksiden yang terjadi depan mata dia sendiri. Lancer crashed pada kelajuan 200km/j. Perghh!! Pemandu dan penumpangnya, suami isteri kot, mati serta merta di tempat kejadian. Yang sedihnya ada baby yg baru beberapa bulan dalam keta tu, mase eksiden baby tu tercampak keluar dan jatuh atas jalan raye. Kesian bayi tu, baru nak kenal dunia, dah jadi yatim piatu.

Walaupun aku baca kisah ni minggu lepas, tapi sampai ke hari ni aku masih lom tutup mozilla tab yang ada kisah ni. Nape ntah, aku rase kisah ni sangat memberi pengajaran pada diri aku, dan mungkin jugak orang2 lain yang membaca. Bukan nak mengata arwah pemandu tu, tapi sebagai pengajaran untuk yang masih hidup ni, berhati2 lah semasa memandu. Jangan pentingkan ego sendiri, pikir lah demi keluarga, pikir lah isteri dan anak anda. Kenapa saya bangkitkan isu ego? Baca kisah tersebut, anda boleh faham ape maksud saya nanti. Kalau dia tak ego, tak layan orang yang cucuk kereta dia, mungkin kejadian ini xkan terjadi. Tapi ini semua ketentuan Allah, memang dah ajal dia pada masa dan cara begitu. Kita yang masih hidup ni jadikan sebagai pengajaran.

Sejak ada adam skarang ni, bawak 100km/j pun aku da rase laju hehee. Kalau dulu pernah gak bawak kat hiway sampai 140km/j. Sesetengah orang mungkin rase tak laju mana, tapi bagi aku masa tu da laju sangat tu :p

Itu dulu la, sebelum kawin sebelum ada anak. Jiwa remaja la katakan haha. Sekarang bawak x laju mana pun tapi da risau tengok car seat adam bergerak2. Memang ler bergerak2 kan, dah kereta tengah bergerak. Kihkihkih~

Buat semua pengguna jalan raya di luar sana, pejalan kaki ke, penunggang ke pemandu ke x kisahla, sentiasa berhati2.

Sekian.