Ads by Nuffnang

Saturday, April 11, 2015

RESEPI APAM POLKADOT SUKATAN CAWAN

Assalamualaikum pembaca2 sekalian..

Panas betul cuaca hari ni, kalau dapat cendol sedap nih. adess, terliuq jap.. Alhamdulillah, kepanasan matahari yg Allah kurniakan ni telah mengeringkan kain baju yg disidai. Kalau hujan kan susah nak kering kain baju. Kepanasan ni jugak membolehkan kita meneruskan aktivit seharian dengan sempurna. Setiap pemberian Allah itu ternyata ada kebaikannya. Hanya kita umatNya yang kadang2 terlupa untuk bersyukur. Moga2 Allah jadikan kita umat yang bersyukur. Amiin~


Kali ni aku nak kongsikan resepi apam polkadot yang gebuss dan sedappp. Selepas dicari2 resepi ni, ada yang pakai sukatan cawan, ada yang pakai gram. Disebabkan aku malas nak timbang2, so aku guna resepi sukatan cawan je. Hasilnya memang gebuss lembut dan sedap. Sooo nyummylicious nyum nyum :D

Peralatan yang diperlukan :

- Pemukul. (Mixer pun boleh whisk pun boleh)
- Ayak tepung
- Paper cup
- Acuan lompang
- Piping bag @ plastik
- Pengukus

Bahan-bahan:

* Telur gred B 3 biji (sejuk baru kuar peti ais)
* Gula halus secawan (kalau pakai gula kastor jadi kurang manis)
* Ovallete sesudu besar

# Susu segar secawan (apa2 brand pun boleh. aku suke pakai susu full cream)
# Esen vanilla (untuk mewangikan dan hilangkan hanyir telur)
# Tepung gandum 2 cawan
# Serbuk penaik 3 sudu teh
# Pewarna yang digemari
# Filling yang digemari

Cara2:

Pukul bahan2 bertanda * sehingga kembang @ berwarna putih. Selalu aku gunakan kelajuan minima dalam 5 minit.

Dah kembang, tambah susu dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.

Tambah tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama. Jangan pukul terlalu lama. Sekadar sebati je. Kacau pakai senduk pun ok. Tapi pastikan adunan sebati.

Bahagikan adunan dan tambah pewarna yang disukai. Untuk memudahkan kerja mengisi adunan dalam paper cup, masukkan adunan dalam piping bag @ plastik. Jangan penuh sangat. Pusingkan bahagian atas piping bag supaya adunan tak terkeluar. Nak ikat pakai getah pun boleh. Takde hal punya.

Susun acuan lompang dalam pengukus dan isi dengan paper cup. Potong sikit hujung piping bag dan isi dalam paper cup tadi. Isi sehingga 3 suku penuh, letak filling dan isi lagi hingga hampir penuh. Kemudian dot-dot kan dengan adunan berwarna.

Kalau adunan asas tak berwarna @ putih, dot dot boleh buat warna pekat sikit. Kalau adunan asas berwarna, jangan warna terlalu pekat, Sesetangah orang tak suka sangat warna pekat2. Tapi kalau sendiri nak makan.. ikut suke korang lah yee

Haaa, ape lagi. Dah dapat resepi, cepat la pergi buat. Nanti aku update kasi letak gambar. Kalau malas nak buat boleh order kat sini (Nisa 012-9075196) Order sekitar bangi / putrajaya / salak tinggi FREE cod =)









Wednesday, February 25, 2015

Kematian Itu Menginsafkan Diri

Assalamualaikum WBT..

Tujuan aku tulis post kali ini sebab teringat arwah adik ipar yang telah pergi mengadap Ilahi pada 19 Mac 2014 (Rabu). Alfatihah buat arwah, moga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Jumaat ni genap 100 hari arwah pergi mengadap Ilahi :(

Padal 15 Mac 2014 (sabtu), aku dan husband balik ke rumah mak di putrajaya. Memang kitorang plan nak balik putra minggu tu. Kebetulan arwah yang belajar di UiTM Puncak Alam pun memang nak balik haritu. Sehari sebelum nya arwah bermalam di UKM, hostel kawan baik dia. Lepas arwah sampai di rumah, kitorang plan nak jenjalan kat The Mines. Arwah sempat suruh adik dia ambil gambar dia tolak stroller Adam (dalam hati aku : alahai budak2 ni, kat parking pn nak amik gambar ke? rupenye ada hikmah) Pastu kitorang jenjalan beli barang then terus balik rumah. Sampai rumah pn da lepas maghrib kot.

Hari tu berjalan seperti hari2 biase. Takde apa2 yang nampak x kena. Kitorang mandi solat tengok tv smpai la nak dekat kul 1 pg. Mase tu mak mertua baru je masuk tido dalam kul 1230 camtu. Da ngantuk sangat, malas nak tunggu citer kt tv tu abs kot. Husband aku da kuar g lepak mapley ngan kengkawan dia. Ayah mertua aku lak kuar masuk umah sbb dia ade masak2 catering. So mase tu tinggal lah aku, adik ipar aku yang bongsu dengan arwah. Kebetulan aku pun x tido lagi sebab adam asyik main je, memang xnak tdo. Slalu kul 10/11 camtu da nak tdo, aku akan tdo kan adam ngan aku skali tdo hehe.. Kitorang sembang2 gelak2 sambil layan adam membebel (skill baru dia masa tu hehe)

Tiba2 arwah mengadu sakit kepala, bukan sakit kepala ringan2, sakit yang makin sakit dan kuat sangat. Mula2 dia pegang kepala je sambil mengadu sakit, lepas tu dia nangis sebab x tahan sakit n tetiba rase mual sangat sambil uwekk uwekk tp xde kuar pape pun. Aku cpt2 suruh adik bongsu g kejut mak. mak bawak arwah masuk bilik air sbb dia kate nak muntah kan, dalam mase yg sama dia menjerit sakit dan badan dia menggigil2 tahan sakit tu. Suara dia pun lain macam je, bkn mcm kite sakit kepala biasa2 ni tau. xtau mcm mne nak explain tp mmg aku pun menggigil dengar dan tgk keadaan dia masa tu. mak suruh adik g panggil ayah yang tengah masak kat tingkat atas (kitorg dok kuartes kerajaan). Ayah balik, kelam kabut tengok keadaan arwah masa tu. mase ayah sampai arwah macam da mamai2 sikit dah mula hilang sedar, ayah suruh kol ambulans. Sementara tunggu ambulans tu, husband aku sampai rumah (tgh kelam kabut tu teringat gak nak kol dia suruh blk cpt2) Mase tu arwah da mula lost conscious. Kejap2 husband aku tampar dia bg dia sedar blk. Ade masa dia sedar dia marah blk husband aku, sakitt laa!! Lepas tu dah x sedar..

Then ambulans sampai cek2 nadi dia bawak terus g hospital putrajaya. Mase ni aku tunggu kat rumah dgn adik bongsu sbb aku nak tido kan adam dulu, lebih kurg kul 230 pg adam masih berjaga. Aku takut dia meragam pulak nnt x cukup tido. Lepas diperiksa dr di bahagian kecemasan, Dr sahkan ade pendarahan otak (hah??!! nape lak ade pendarahan?? arwah xde langgar pape atau terjatuh pn??) dan melibatkan kawasan saraf yg utama. Hosp putrajaya xde pakar otak. Kena hantar ke HKL. Mula2 HKL x nak terima sbb peluang sangat tipis (apakah?? xkan xnak bg peluang lgsg??) Masa tu mmg dunia jadi terbalik. Arwah drpd sihat walafiat terus jadi koma. Mcm tu je..)

Sampai ke subuh family kitorang tunggu kat hosp putrajaya, Dr kate tengok macam mane. Kalau takde respon Dr suspek mati otak disebabkan pendarahan tu. Kalau ade respons HKL suruh hantar, memandangkan arwah masih muda mungkin badan dia masih boleh bagi respon. Mase ni angah da sampai dari klang. Along masih dalam ERL. Lepas subuh, Dr kate hantar HKL, operation untuk keluarkan pendarahan. Siap2 sumer pegi HKL pulak. Aku balik umah dulu nak prepare barang2 adam.

Sampai HKL dalam kul 8 pg (Ahad), nak dekat tengah hari gak la baru start operation. Dr kate otak dah bengkak n bla bla bla ( x paham sangat) Peluang memang 50/50 ke 70/30 x ingat (yang pada akhirnya Dr bagitau sebenarnye memang takde peluang langsung. cuma bagi peluang dan harapkan umur yang masih muda mungkin ade sedikit harapan :( huhu.. ) Tapi Dr dah bagitau keadaan dia masa tu, suspek mati otak. So bersedia untuk lepaskan dia. Lepas operation tu masuk ICU, sebenarnya mesin dan ubat je yang tolong jantung dia berdenyut. Hari Selasa malam Dr bagitau tentang procedure untuk lepaskan mesin sebab tak boleh suke2 cabut mesin tu. Secara teknikal jantung masih berdenyut. Pagi rabu buat test untuk sahkan mati otak. Positif, takde sebarang tindak balas. 6 jam berikutnya test kedua (sepatutnya petang dalam kul 4) untuk sahkan result test yang pertama. Biasenya result akan sama.

Tapi tengah hari kul 1 camtu jantung dah berhenti sendiri. So Dr panggil family semua tak perlu tunggu test kedua. Nurse cabut semua mesin, bagi family peluk cium untuk kali terakhir, lepas tu settlekan urusan mandi n kapan jenazah kat HKL tu jugak. Lepas Asar jenazah selamat sampai ke putrajaya dan terus disolatkan. Siap terus dibawa untuk ke perkuburan. Mase kat surau ni ramai yang datang, penuh jugak la kawasan surau tu. Tapi Alhamdulillah semua urusan dipermudah dan cepat, kawan2 arwah dan family x sempat nak tengok kali terakhir. Orang yang solatkan tu memang takde tunggu2 (agak rushing sebab pekerja kubur putrajaya kerja ikut opis hour gak) Aku pun last peluk arwah kat hospital mase baru meninggal tu sebab lepas tu rushing g HUKM untuk appointment Adam.

Balik rumah, masing2 rehat, masih terkejut, penat sedih. semua ada. Dalam mase beberapa hari je semua ni terjadi. Takde apa2 tanda. Satu peringatan telah Allah tunjukkan agar tidak mensia2kan usia yang ada.

Dalam tahun yang sama 2014, lepas raya Aidilfitri arwah nenek pula dijemput Ilahi. Sebelum bulan puasa arwah nenek da mula sakit, katanye sakit pinggang sampai tak boleh bangun. Lepas tu mula la episod sakit tua sehingga membawa kepada pemergiannya selepas raya. Satu petang lepas asar, selepas 10+ hari arwah nenek pergi, maklong buat kenduri arwah untuk nenek dan juga untuk mendoakan kesihatan atok yg sakit lepas nenek pergi. Keadaan atok petang tu agak tenat jugak. Macam mane keadaan nenek sebelum pergi begitu jugak lah keadaan atok. Aku yang teman kan abah balik ke kg sebelum majlis bermula sempat salam atok. Ditakdirkan, selepas yasin dan tahlil habis dibacakan, arwah atok telah pun pergi. Persamaan ketika kedua2 arwah atok dan nenek meninggal, kami duduk di selangor. Kampung pula di melaka. Tapi Allah bagi peluang pada abah untuk ada di sisi arwah atok dan nenek pada saat-saat terakhir keduanya.


Maka, telah 3 kali Allah menunjukkan peringatanNya kepadaku, dan juga yang lain2 yang ingin berfikir. Awal 2015, satu lagi peringatan Allah berikan. Arwah paklong pula dijemput Ilahi. Ya Allah, Kau berilah hidayah petunjukMu pada kami, matikan lah kami dalam iman dan Islam. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Amiin...