Ads by Nuffnang

Saturday, April 11, 2015

RESEPI APAM POLKADOT SUKATAN CAWAN

Assalamualaikum pembaca2 sekalian..

Panas betul cuaca hari ni, kalau dapat cendol sedap nih. adess, terliuq jap.. Alhamdulillah, kepanasan matahari yg Allah kurniakan ni telah mengeringkan kain baju yg disidai. Kalau hujan kan susah nak kering kain baju. Kepanasan ni jugak membolehkan kita meneruskan aktivit seharian dengan sempurna. Setiap pemberian Allah itu ternyata ada kebaikannya. Hanya kita umatNya yang kadang2 terlupa untuk bersyukur. Moga2 Allah jadikan kita umat yang bersyukur. Amiin~


Kali ni aku nak kongsikan resepi apam polkadot yang gebuss dan sedappp. Selepas dicari2 resepi ni, ada yang pakai sukatan cawan, ada yang pakai gram. Disebabkan aku malas nak timbang2, so aku guna resepi sukatan cawan je. Hasilnya memang gebuss lembut dan sedap. Sooo nyummylicious nyum nyum :D

Peralatan yang diperlukan :

- Pemukul. (Mixer pun boleh whisk pun boleh)
- Ayak tepung
- Paper cup
- Acuan lompang
- Piping bag @ plastik
- Pengukus

Bahan-bahan:

* Telur gred B 3 biji (sejuk baru kuar peti ais)
* Gula halus secawan (kalau pakai gula kastor jadi kurang manis)
* Ovallete sesudu besar

# Susu segar secawan (apa2 brand pun boleh. aku suke pakai susu full cream)
# Esen vanilla (untuk mewangikan dan hilangkan hanyir telur)
# Tepung gandum 2 cawan
# Serbuk penaik 3 sudu teh
# Pewarna yang digemari
# Filling yang digemari

Cara2:

Pukul bahan2 bertanda * sehingga kembang @ berwarna putih. Selalu aku gunakan kelajuan minima dalam 5 minit.

Dah kembang, tambah susu dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.

Tambah tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama. Jangan pukul terlalu lama. Sekadar sebati je. Kacau pakai senduk pun ok. Tapi pastikan adunan sebati.

Bahagikan adunan dan tambah pewarna yang disukai. Untuk memudahkan kerja mengisi adunan dalam paper cup, masukkan adunan dalam piping bag @ plastik. Jangan penuh sangat. Pusingkan bahagian atas piping bag supaya adunan tak terkeluar. Nak ikat pakai getah pun boleh. Takde hal punya.

Susun acuan lompang dalam pengukus dan isi dengan paper cup. Potong sikit hujung piping bag dan isi dalam paper cup tadi. Isi sehingga 3 suku penuh, letak filling dan isi lagi hingga hampir penuh. Kemudian dot-dot kan dengan adunan berwarna.

Kalau adunan asas tak berwarna @ putih, dot dot boleh buat warna pekat sikit. Kalau adunan asas berwarna, jangan warna terlalu pekat, Sesetangah orang tak suka sangat warna pekat2. Tapi kalau sendiri nak makan.. ikut suke korang lah yee

Haaa, ape lagi. Dah dapat resepi, cepat la pergi buat. Nanti aku update kasi letak gambar. Kalau malas nak buat boleh order kat sini (Nisa 012-9075196) Order sekitar bangi / putrajaya / salak tinggi FREE cod =)









1 comment:

  1. Bet365 Reviews | Konicasino 1xbet korean 1xbet korean 1XBET 1XBET 17042022 Wimbledon tennis odds: Latest betting odds | Thauberbet.com

    ReplyDelete